Saturday 16 January 2016

Pelbagai Lipatan Napkin.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Jika kita menghias & memperkemaskan meja makan samada dalam majlis kecil ataupun besar, gubahan lipatan napkin adalah salah satu perkara penting yang perlu di titik beratkan. Ini kerana gubahan lipatan napkin antara penyumbang kepada keistimewaan sesuatu susun atur meja. 

Kami Team FR Katering ada mempelajari beberapa cara lipatan napkin. Selalunya lipatan napkin tu bergantung kepada keadaan. Jika banyak masa, maka boleh membuat lipatan yang complicated tapi kalau terkejar-kejar masa, alamatnya kami hanya lakukan yang simple sahaja. Namun tetap menarik perhatian tetamu.

Kami share dengan anda semua antara gubahan lipatan yang mudah & cepat untuk di siapkan.











 
Ini baru di antaranya. Sebenarnya ada lagi samada yang boleh di dirikan ataupun yang di baringkan sahaja. Tetapi untuk kali ini kami share design macam ni dulu. Dah khatam nanti baru boleh share design lain pula.

Semoga perkongsian kami kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua... Kepada pelanggan kami yang ingin membuat tempahan katering ataupun ada beberapa perkara yang hendak di bincangkan, boleh terus hubungi kami melalui :-

Telefon :-
016-932 4395 (Ibu)

WhatsApp :-
013-984 6320 (Eppy)
012-537 8935 (Titi)

Email :-
frkatering@yahoo.com

Atau singgah makan & boleh discuss terus dengan Big Boss kami di Kedai Makan SELERA KAMPUNG FAZIAH, beralamat :-


1A, Jalan Merak,
Kampung Pengkalan Pegoh,
31500 Lahat, Perak.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entry kami kali ini...

~ FR Katering ~
' In Syaa Allah... kami permudahkan '

Monday 11 January 2016

03.01.2016 : Majlis Perkahwinan di Taman Pelangi, Perak.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Apa pendapat anda semua dengan setiap entry kami ini?
Untuk hari yang cukup cerah ni, kami nak update tentang aktiviti Team FR Katering semasa menerima tempahan menyediakan katering di Majlis Perkahwinan di 

Majlis Perkahwinan
Tempat : Taman Pelangi,
Ipoh, Perak.
Tarikh : 03-01-2016
Jam : 11.30 pagi ~ 4.30 petang
Jemputan : 800 orang

Lokasi majlis kali ini agak jauh sikit dari kawasan kami. Namun alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun ada 2,3 perkara yang agak kelam kabut, biasalah  kalau melibatkan majlis besar ni kan... Macam tak biasa...hehehehe... Kami bergerak ke lokasi majlis dengan menggunakan 1 lori, 1 van, 1 kereta & 1 motorsikal. Semua complete!!! Anggota seramai 15 orang dan kami tiba di lokasi pada jam 10.00 pagi.





Semasa proses menyiapkan segala kelengkapan untuk majlis. Alhamdulillah, tuan rumah menyediakan 1 khemah special untuk kami bekerja. Terima kasih Tuan Rumah (^_^)

1stly kami nak share gambar-gambar di Meja Makan Beradab Pengantin. Antara gubahan-gubahan makanan yang telah kami sediakan kepada pasangan pengantin.

Gubahan Bakul Tembikai.

Ayam Golek.

Udang Panjat.

Gubahan Buah-Buahan.

Ayam Masak Malbari.

Dalca

Daging Kicap.

Pecal.

Ikan 4 Rasa.

Dessert : Choc Cake Moist

Semuanya terbaik & fresh! Semua gubahan di lakukan pada hari majlis berlangsung. Pagi-pagi lagi kerja mencungkit & menoreh ni di lakukan. Memang lagend kan?? 

Then kita singkap satu persatu menu untuk tetamu jemputan pula merangkumi tetamu VIP dimana untuk tetamu VIP iaitu keluarga kepada pasangan pengantin di jamu menggunakan kelengkapan DOME. Lebih jimat space & mudah kepada tetamu.


Menu penuh hidangan Dome.


Pecal.

Ayam Malbari.

Dalca.


Daging Masak Kicap.

Nasi Minyak.

Dan tersusun lah semuanya. Lengkap, kemas, bersih dan tersusun cantik di situ.

Untuk hidangan buffet kepada tetamu jemputan pula Team FR Katering tetap perkemaskan dengan baik untuk keselesaan tetamu semua. Kami tak sempat sangat nak tangkap gambar banyak-banyak kerana majlis kali ini tetamu yang datang cukup hevoc!! Serbu dalam satu masa dan dalam masa yang agak panjang. So, berkejaran lah team FR Katering untuk tambah lauk yang sangat cepat berkurangan di meja hidangan dan buffet.



Berakhir sudah persembahan team FR Katering pada hari ini. Memang memenatkan tapi alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Siap ada tetamu yang interview Puan. Boss di mana kedai dan lokasi kami. Manalah tahu pembawa rezeki kan.. 

Jika anda berminat untuk membuat tempahan ataupun mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi kami di :-

Telefon :-
016-932 4395 (Ibu)

WhatsApp :-
013-984 6320 (Eppy)
012-537 8935 (Titi)

Email :-
frkatering@yahoo.com

~ Team FR KATERING ~
"In Syaa Allah... Kami Permudahkan "

Friday 8 January 2016

02.01.2016 : Majlis Perkahwinan di Sungai Rokam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Orait, dah lama tak update tentang aktiviti katering team FR Katering ni. Kami dalam proses mengumpul semua gambar-gambar yang sempat di rakam semasa majlis berlangsung. Itu yang memakan masa sedikit tu.

Untuk entry hari ini kami nak share dengan anda semua berkaitan dengan Majlis Perkahwinan di Sungai Rokam, Ipoh, Perak yang lalu. Team FR Katering telah berbesar hatinya menyumbangkan tenaga bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Majlis Perkahwinan
Tempat : Dewan Orang Ramai Sungai Rokam, 
Ipoh, Perak.
Tarikh : 02-01-2016
Jam : 11.00 pagi ~ 4.00 petang
Bilangan Jemputan : 300 orang

Untuk majlis kali ini, Team FR Katering hanya menurunkan seramai 10 orang sahaja anggota bagi membantu persiapan. Majlis kali ini kami tidak terlalu kelam kabut kerana jemputan yang datang secara runcit-runcit, bukannya serbu dalam satu masa. Alhamdulillah, lega sikit rasa. 

Kami turut menyediakan hidangan secara DOME sebanyak 2 meja. Hidangan di meja pengantin & gubahan hidangan pengantin juga kami sediakan. Team FR Katering tiba di lokasi pada jam 9.30 pagi dan tugas-tugas terus di laksanakan sepertimana di agihkan kepada team.







Pandangan semasa kerja-kerja belakang tadbir di lakukan bagi menjayakan majlis. Walaupun hanya 300 orang jemputan namun Team FR Katering tetap melakukan setiap tugasan & tanggungjawab dengan sebaik mungkin bagi memastikan customer kami berpuas hati serta tetamu jemputan turut berpuas hati.

Apa pula menu pada kali ini? Semestinya 'killer menu' tetap menjadi pujaan hati setiap customer kami.. 1stly kita intai dulu menu yang kami siap sediakan untuk para tetamu jemputan.

Ayam Malbari.

Buah Tembikal sesuai semasa cuaca panas begini.

Daging Masak Kicap.

Pecal antara 'killer menu' FR Katering!

Dalca

Ini bukannya nak promote model 2 orang tu. Just nak inform air yang team FR Katering sediakan ialah air warna hijau tu. Memang 'kena' dengan tema majlis pada hari ini.

Then, kita intai pula gubahan & menu yang telah di siapkan oleh Team FR Katering untuk di hidangkan kepada pasangan pengantin & keluarga semasa di meja makan beradab.

Ayam Malbari.

Daging Masak Kicap

Ayam Golek

Udang panjat
Pecal.

Dalca

Kemudian bermulalah tugas team FR Katering untuk menghias & memperkemaskan meja Makan Beradab pengantin dua sejoli ini. Just simple & nice...





Sebenarnya customer kami tidak request untuk menu gubahan tapi sebagai tanda terima kasih dan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin, so team FR Katering menyiapkan 3 jenis menu gubahan untuk pengantin.

Nasi Minyak.

Buah Tembikai.

Ayam Malbari.

Daging Masak Kicap.

Dalca

Pecal.

Ini hidangan penuh untuk Dome. Team FR Katering menyediakan hidangan Dome untuk 2 meja. Ini adalah untuk santapan keluarga mertua pengantin.


Meja untuk Hidangan Dome

Ini pula hidangan tambahan untuk keluarga terdekat pasangan pengantin. Cara kampung yang biasa kita lakukan dari dulu. Kalau penggunaan dome tu lebih kurang cara moden dah kan. So, untuk majlis kali ni ada 2 versi untuk hidangan kepada keluarga terdekat.

Kemudian berpusu-pusu tetamu datang menjamu selera. Bertuahnya kami & tuan rumah, tetamu datang secara runcit-runcit. Dengan kata lain, tetamu yang datang tidak serbu dalam satu masa! So, team kami tidak terlalu terkejar-kejar, tenang la sikit membuat kerja. Tambahan lagi tandas & surau pun sudah di sediakan di dewan tersebut. Everythings complete!!





Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Alhamdulillah dalam jam 4.00 petang semuanya selesai. Bermula pula tugas-tugas mengemas & mencuci pinggan mangkuk.

Jika anda berminat untuk membuat tempahan ataupun ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi Team FR Katering di :-


Kedai Makan SELERA KAMPUNG FAZIAH
FR Katering

Alamat :-
1A, Jalan Merak,
Kampung Pengkalan Pegoh,
31500 Lahat, Perak.

No. Telefon :-
016 - 932 4395 (Ibu)

No. WhatsApp :-
013 - 984 6320 (Eppy)
012 - 537 8935 (Titi)

E-Mail :-
frkatering@yahoo.com
  
Terima kasih kerana sudi singgah & baca entry kami kali ini.

~ FR Katering~
'In Syaa Allah... kami permudahkan'