Monday 4 January 2016

Kedai Makan SELERA KAMPUNG FAZIAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Alhamdulillah Team FR Katering sihat. Last kami update entry adalah pada 01-01-2016 yang lalu iaitu berkaitan dengan tugas Team FR Katering di Kampung Tersusun Pengkalan Pegoh . Semalam team FR Katering baru selesai sempurnakan tugas di majlis perkahwinan juga. Insya Allah kami akan update dalam masa terdekat ni. Sekarang dalam proses mengumpul gambar.

Ada yang bertanyakan kepada kami di mana lokasi kedai makan FR Katering? Buat pengetahuan semua, kedai makan kami tiada tanda nama tapi sebenarnya agak mudah untuk di cari. Sebabnya hanya di tepi jalan sahaja.
Untuk permudahkan kerja mencari korang, kami upload gambar kedai makan kami...

Kedai Makan SELERA KAMPUNG FAZIAH

Alamat :-
1A, Jalan Merak,
Kampung Pengkalan Pegoh,
31500 Lahat, Perak.

No. Telefon :-
016 - 932 4395 (Ibu)

No. WhatsApp :-
013 - 984 6320 (Eppy)
012 - 537 8935 (Titi)

Waktu Operasi : 6.30 pagi ~ 4.00 petang.
Dibuka setiap hari kecuali hari AHAD.

Kedai Makan SELERA KAMPUNG FAZIAH a.k.a FR KATERING ni dah lama sangat beroperasi, lebih dari 30 tahun dah!!! Memang lagend kot... Kami menyediakan breakfast & makan tengahari. Terdapat lebih 40 menu di sediakan setiap hari.

Ini dia!!! Memang terbaik dari ladang!!! Waktu makan tengah hari memang ramai yang serbu. So kalau korang tak nak ketinggalan, korang kena datang cepat-cepat! Lauk panas-panas, nasi panas-panas!
Untuk makluman korang juga, menu tengahari sudah di sediakan sedikit demi sedikit start jam 9.00 pagi lagi. So kalau korang rasa macam susah nak pecut waktu lunch tu, korang pecut lah pagi-pagi tu lagi...hehehehehe...

Untuk makanan pagi TOP MENU ialah NASI LEMAK! Kenapa?? Sebabnya sambal tu memang terbaik... Pedas...merah menyala...pekat...menyengat! Kalau rasa macam tak percaya, moh singgah & try dulu... Confirm korang datang balik & repeat order...hehehehehe..
Kami ada juga jual mee/kuey tiaw/bihoon kari/sup/goreng, lontong, kuih muih, nasi goreng & banyak lagi lah untuk makan pagi... Memang banyak sangat pilihan.
 
Kalau nak kudap-kudap tu, kami juga ada jual kekacang, keropok original dari Kelantan, agar-agar dalam cup pun ada... Semuanya ada...

Macam mana kami manage masa di kedai dengan katering?? Itulah rahsia kejayaan TEAM FR KATERING & KEDAI MAKAN SELERA KAMPUNG FAZIAH..!! Chewahhh...
Apa yang penting sekarang, resipi kejayaan & matlamat kami ialah " In Syaa Allah... kami permudahkan" . Apa yang permudahkan? Iaitu permudahkan perut anda untuk tersenyum apabila kenyang!!!hehehehhe... 

So, jangan lupe singgah di KEDAI MAKAN SELERA KAMPUNG FAZIAH! Sambil-sambil makan, korang boleh juga discuss dengan bos kami jika hendak membuat tempahan untuk katering! 

Kedai Makan SELERA KAMPUNG FAZIAH

Alamat :-
1A, Jalan Merak,
Kampung Pengkalan Pegoh,
31500 Lahat, Perak.

No. Telefon :-
016 - 932 4395 (Ibu)

No. WhatsApp :-
013 - 984 6320 (Eppy)
012 - 537 8935 (Titi)

Waktu Operasi : 6.30 pagi ~ 4.00 petang.
Dibuka setiap hari kecuali hari AHAD.

No comments:

Post a Comment

Kami perlukan komen membina dari anda semua...
Terima kasih (^_^)