Wednesday, 6 January 2016

Idea Gubahan Buah-Buahan di Meja Pengantin.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa perasaan anda bila ketandusan idea? Kadang kala kami juga ketandusan idea apabila hendak membuat gubahan untuk di letakkan di meja makan pengantin. Terutamanya berkaitan dengan Gubahan Buah-buahan. Mungkin bagi sesetengah orang semua itu bukan isu sebab bukannya kita buat untuk orang yang sama walaupun gubahan itu tetap sama. Tapi bagi kami kadang kala ia tercetus rasa bosan...

Oleh itu kali ini kami Team FR KATERING nak share dengan anda semua antara idea yang boleh di guna pakai untuk membuat Gubahan Buah-Buahan untuk di Meja Makan Beradab.





































Ada yang agak simple & senang di gubah dan ada juga yang agak complicated. Tapi Insya Allah jika terus mencuba tidak mustahil akan success nanti. Mungkin juga satu hari nanti kita dapat create idea yang lebih baik dari ini.

Team FR KATERING sentiasa berusaha untuk memberikan kelainan & yang terbaik kepada setiap pelanggan kami. Untuk makluman anda semua, jika pakej yang di minta oleh pelanggan termasuk hidangan pengantin & VIP, secara automatiknya pihak FR KATERING akan menyiapkan hidangan gubahan untuk pelanggan. Jika pelanggan hendak menambah items gubahan, still boleh discuss dengan Puan.Boss kami.

Jika berminat untuk menggunakan khidmat katering dari FR KATERING, ataupun mempunyai soalan yang hendak di kemukakan, boleh hubungi kami melalui :-

FR KATERING

Alamat :-
1A, Jalan Merak,
Kampung Pengkalan Pegoh,
31500 Lahat, Perak.

No. Tel :-
016-932 4395 (Ibu)

WhatsApp :-
013-984 6320 (Eppy)
012-537 8935 (Titi)

Email : frkatering@yahoo.com

Terima kasih sudi singgah & baca entry kami kali ini...


FR KATERING
' In Syaa Allah... kami permudahkan '

*sumber dari Google

Monday, 4 January 2016

Kedai Makan SELERA KAMPUNG FAZIAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Alhamdulillah Team FR Katering sihat. Last kami update entry adalah pada 01-01-2016 yang lalu iaitu berkaitan dengan tugas Team FR Katering di Kampung Tersusun Pengkalan Pegoh . Semalam team FR Katering baru selesai sempurnakan tugas di majlis perkahwinan juga. Insya Allah kami akan update dalam masa terdekat ni. Sekarang dalam proses mengumpul gambar.

Ada yang bertanyakan kepada kami di mana lokasi kedai makan FR Katering? Buat pengetahuan semua, kedai makan kami tiada tanda nama tapi sebenarnya agak mudah untuk di cari. Sebabnya hanya di tepi jalan sahaja.
Untuk permudahkan kerja mencari korang, kami upload gambar kedai makan kami...

Kedai Makan SELERA KAMPUNG FAZIAH

Alamat :-
1A, Jalan Merak,
Kampung Pengkalan Pegoh,
31500 Lahat, Perak.

No. Telefon :-
016 - 932 4395 (Ibu)

No. WhatsApp :-
013 - 984 6320 (Eppy)
012 - 537 8935 (Titi)

Waktu Operasi : 6.30 pagi ~ 4.00 petang.
Dibuka setiap hari kecuali hari AHAD.

Kedai Makan SELERA KAMPUNG FAZIAH a.k.a FR KATERING ni dah lama sangat beroperasi, lebih dari 30 tahun dah!!! Memang lagend kot... Kami menyediakan breakfast & makan tengahari. Terdapat lebih 40 menu di sediakan setiap hari.

Ini dia!!! Memang terbaik dari ladang!!! Waktu makan tengah hari memang ramai yang serbu. So kalau korang tak nak ketinggalan, korang kena datang cepat-cepat! Lauk panas-panas, nasi panas-panas!
Untuk makluman korang juga, menu tengahari sudah di sediakan sedikit demi sedikit start jam 9.00 pagi lagi. So kalau korang rasa macam susah nak pecut waktu lunch tu, korang pecut lah pagi-pagi tu lagi...hehehehehe...

Untuk makanan pagi TOP MENU ialah NASI LEMAK! Kenapa?? Sebabnya sambal tu memang terbaik... Pedas...merah menyala...pekat...menyengat! Kalau rasa macam tak percaya, moh singgah & try dulu... Confirm korang datang balik & repeat order...hehehehehe..
Kami ada juga jual mee/kuey tiaw/bihoon kari/sup/goreng, lontong, kuih muih, nasi goreng & banyak lagi lah untuk makan pagi... Memang banyak sangat pilihan.
 
Kalau nak kudap-kudap tu, kami juga ada jual kekacang, keropok original dari Kelantan, agar-agar dalam cup pun ada... Semuanya ada...

Macam mana kami manage masa di kedai dengan katering?? Itulah rahsia kejayaan TEAM FR KATERING & KEDAI MAKAN SELERA KAMPUNG FAZIAH..!! Chewahhh...
Apa yang penting sekarang, resipi kejayaan & matlamat kami ialah " In Syaa Allah... kami permudahkan" . Apa yang permudahkan? Iaitu permudahkan perut anda untuk tersenyum apabila kenyang!!!hehehehhe... 

So, jangan lupe singgah di KEDAI MAKAN SELERA KAMPUNG FAZIAH! Sambil-sambil makan, korang boleh juga discuss dengan bos kami jika hendak membuat tempahan untuk katering! 

Kedai Makan SELERA KAMPUNG FAZIAH

Alamat :-
1A, Jalan Merak,
Kampung Pengkalan Pegoh,
31500 Lahat, Perak.

No. Telefon :-
016 - 932 4395 (Ibu)

No. WhatsApp :-
013 - 984 6320 (Eppy)
012 - 537 8935 (Titi)

Waktu Operasi : 6.30 pagi ~ 4.00 petang.
Dibuka setiap hari kecuali hari AHAD.

Friday, 1 January 2016

26-12-15 : Kampung Tersusun Pengkalan Pegoh.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru. So, kami secara rasminya bermulalah tugasan update entry-entry berkaitan dengan event FR KATERING. Insya Allah kami cuba update yang terkini & maybe akan update event-event yang tahun lepas juga (itupun kalau kami still simpan lagi gambar-gambarnya..).

Majlis Perkahwinan
Tempat : Kampung Tersusun, Pengkalan Pegoh,
31500 Lahat, Perak.
Tarikh : 26-12-2015
Jam : 11.00 pg - 3.30 petang
Bilangan Jemputan : 1,000 orang

Untuk event kali ini anggota FR KATERING yang terlibat adalah lebih kurang seramai 15 orang termasuklah yang menjaga bahagian hidangan Pengantin, hidangan VIP, hidangan buffet, penambahan lauk & kerja-kerja khas yang lain. 

Ini antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa majlis berlangsung. Bila dah ramai tetamu datang, memang langsung tak ingat nak ambil gambar moment-moment lain. Tauke katering pun 'bersilat' di lapangan juga.. Memang tak menang tangan!!



Penyediaan hidangan DOME untuk tetamu VIP. Walaupun tempat agak terhad dan cuaca yang panas tapi setiap orang anggota FR KATERING tetap menjaga kebersihan serta kekemasan dari segi penyediaan makanan hingga ke penampilan anggota FR KATERING sendiri... Style mesti kena jaga!!!



Ini adalah lauk complete untuk hidangan Dome dan juga hidangan tetamu. Tuan rumah membuat tempahan 5 hidangan Dome so kami pun sediakan sepertimana yang di janjikan. Cukup menyelerakan!!! 

Ikan masin + Sambal belacan + Buah Tembikai.


 Ayam Golek + Sos


 Kurma Daging Kambing 


 Perut Masak Lemak Rebung.


 Rendang Tok.


Pecal.

Itu adalah menu special request dari customer. Untuk pengetahuan korang, Ayam Golek tu memang fresh-fresh masak di situ. Bukannya kami masak sehari sebelum ke apa. Memang mesin golek tu bawak terus!!! Saiz ayam pula gemuk-gemuk, memang pilih ayam yang cukup vitamin punye...hehehehehe...
Orait, habis bab hidangan tetamu & dome. Hidangan untuk pengantin pun kami tidak lupa. Iaitu hidangan gubahan! Memang layan macam raja & permaisuri betul lah!!!


Udang Panjat.

Ayam Golek.

Buah-Buahan.

Ikan Masak 3 Rasa.

Pulut Kuning.

Rendang Tok.

Gulai Lemak Labu.

Buah-Buahan.

Itu dia gubahan di meja pengantin. Customer request yang simple-simple aje di sebabkan masalah ruangan yang tidak berapa luas.


SEBELUM

SELEPAS
Ini ruangan makan beradab pengantin bersama-sama keluarga. Very simple but so sweet!!!
 
Ini pula ruangan meja VIP. Di sini kami hidangkan secara dome. Customer sediakan 5 meja VIP & kami sediakan 5 set dome. Memang berpuas hati sangat!!!

Dan... hanya ini sahaja gambar yang sempat kami snap semasa keadaan dengan ribut dengan tetamu yang datang. Memang kena serbu betul. Tuan rumah pun tak terlayan. Kami team FR KATERING pun memang exercise la hari tu...

Anyway, alhamdulillah semuanya berakhir dengan jayanya. Penat lelah tu berbaloi. Tetamu puas hati, tuan rumah berpuas hati & team FR KATERING pun happy!!!! Habis kemas barang then basuh pinggan mangkuk pula... Baru boleh dapat gaji...hehehehehehe...

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkhidmatan katering kami, boleh terus hubungi kami melalui :-

Telefon :-
016-932 4395 (Ibu)

WhatsApp :-
013-984 6320 (Eppy)
012-537 8935 (Titi)

Email :-
frkatering@yahoo.com

~ Team FR KATERING ~
"In Syaa Allah... Kami Permudahkan "