Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, dah masuk tahun baru. So, kami secara rasminya bermulalah tugasan update entry-entry berkaitan dengan event FR KATERING. Insya Allah kami cuba update yang terkini & maybe akan update event-event yang tahun lepas juga (itupun kalau kami still simpan lagi gambar-gambarnya..).
Majlis Perkahwinan
Tempat : Kampung Tersusun, Pengkalan Pegoh,
31500 Lahat, Perak.
31500 Lahat, Perak.
Tarikh : 26-12-2015
Jam : 11.00 pg - 3.30 petang
Jam : 11.00 pg - 3.30 petang
Bilangan Jemputan : 1,000 orang
Untuk event kali ini anggota FR KATERING yang terlibat adalah lebih kurang seramai 15 orang termasuklah yang menjaga bahagian hidangan Pengantin, hidangan VIP, hidangan buffet, penambahan lauk & kerja-kerja khas yang lain.
Ini antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa majlis berlangsung. Bila dah ramai tetamu datang, memang langsung tak ingat nak ambil gambar moment-moment lain. Tauke katering pun 'bersilat' di lapangan juga.. Memang tak menang tangan!!
Penyediaan hidangan DOME untuk tetamu VIP. Walaupun tempat agak terhad dan cuaca yang panas tapi setiap orang anggota FR KATERING tetap menjaga kebersihan serta kekemasan dari segi penyediaan makanan hingga ke penampilan anggota FR KATERING sendiri... Style mesti kena jaga!!!
Ini adalah lauk complete untuk hidangan Dome dan juga hidangan tetamu. Tuan rumah membuat tempahan 5 hidangan Dome so kami pun sediakan sepertimana yang di janjikan. Cukup menyelerakan!!!
Ikan masin + Sambal belacan + Buah Tembikai.
Ayam Golek + Sos
Kurma Daging Kambing
Perut Masak Lemak Rebung.
Rendang Tok.
Pecal.
Itu adalah menu special request dari customer. Untuk pengetahuan korang, Ayam Golek tu memang fresh-fresh masak di situ. Bukannya kami masak sehari sebelum ke apa. Memang mesin golek tu bawak terus!!! Saiz ayam pula gemuk-gemuk, memang pilih ayam yang cukup vitamin punye...hehehehehe...
Orait, habis bab hidangan tetamu & dome. Hidangan untuk pengantin pun kami tidak lupa. Iaitu hidangan gubahan! Memang layan macam raja & permaisuri betul lah!!!
Udang Panjat.
Ayam Golek.
Buah-Buahan.
Ikan Masak 3 Rasa.
Pulut Kuning.
Rendang Tok.
Gulai Lemak Labu.
Buah-Buahan.
Itu dia gubahan di meja pengantin. Customer request yang simple-simple aje di sebabkan masalah ruangan yang tidak berapa luas.
SEBELUM
SELEPAS
Ini ruangan makan beradab pengantin bersama-sama keluarga. Very simple but so sweet!!!
Dan... hanya ini sahaja gambar yang sempat kami snap semasa keadaan dengan ribut dengan tetamu yang datang. Memang kena serbu betul. Tuan rumah pun tak terlayan. Kami team FR KATERING pun memang exercise la hari tu...
Anyway, alhamdulillah semuanya berakhir dengan jayanya. Penat lelah tu berbaloi. Tetamu puas hati, tuan rumah berpuas hati & team FR KATERING pun happy!!!! Habis kemas barang then basuh pinggan mangkuk pula... Baru boleh dapat gaji...hehehehehehe...
Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkhidmatan katering kami, boleh terus hubungi kami melalui :-
Telefon :-
016-932 4395 (Ibu)
WhatsApp :-
013-984 6320 (Eppy)
012-537 8935 (Titi)
Email :-
frkatering@yahoo.com
~ Team FR KATERING ~
"In Syaa Allah... Kami Permudahkan "
No comments:
Post a Comment
Kami perlukan komen membina dari anda semua...
Terima kasih (^_^)